Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim-kirimlah berita, semoga selamat sejahtera
Ini adalah antara bait-bait lagu popular dendangan Allahyarham seniman ulung negara, Sudirman Haji Arshad. Pertamanya ingin saya ucapakan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung blog yang
mampir ke sini.
Blog ini saya dedikasikan untuk seluruh warga STJ, tidak kira yang tua atau yang muda, tidak kira diceruk mana anda berada. Saya merasa terpanggil untuk memanggil kalian semua ke blog ini sebagai satu wadah pertemuan semula. Satu wadah untuk semua lapisan generasi STJ berinteraksi dengan lebih harmoni. Maklum sajalah, antara kita jarang-jarang dapat berjumpa. Entah-entah jiran sebelah rumah pun tidak kita kenali.
Saya percaya bahawa warga STJ telah menerokai ke seantero dunia terutamanya generasi muda yang kebanyakannya telah membina kehidupan di luar kampung. Mungkin anda adalah seorang pengembara, seorang peniaga, seorang profesioanal dan tak kira siapa jua anda, ingatlah.... disini asal usul kita.
Tentang blog.Blog ini adalah blog peribadi yang diasaskan secara sukerala diatas dasar persaudaraan anak-anak desa STJ. Saya akan bercerita apa sahaja yang ada kaitannya dengan STJ. Jadi besarlah harapan saya agar blog ini dapat menjadi satu "one stop centre" untuk anda mengemaskini maklumat2 semasa tentang desa dan warga STJ tercinta.
Anggaplah blog ini sebagai rumah ketiga ketiga (selepas rumah di kampung dan rumah sendiri) untuk kita bersilaturrahmi dan mengambil peluang yang ada untuk kebaikan bersama.
Template blog ini masih diperingkat "customization" dan akan dinaik taraf dari masa ke semasa.
Sekiranya anda memang "
wong tiram burok", jangan segan-segan untuk berhubung dengan saya melalui
email ataupun
facebook.
Salam persaudaraan untuk semua !